Jan 30, 2006
Jabatan Dakwah..

AWAL MUHARAM

 

 

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh

 

Alhamdulilah.. kita bersyukur kepada ALLAH kerana telah memberikan kita badan yg sihat dan juga otak yg cergas agar kita boleh membuat kerje seharian kita dengan baik dan cekap.

 

Alhamdulilah. Kita pun sudah masuk ke tahun baru dari 1426 hijriah ke 1427 hijriah dan kita harus berasa bersyukur kerana ALLAH s.w.t. masih menghidupkan kita di muka bumi ini untuk mengerjakan amal ibadah dan juga menyembah kepadaNYA.

 

Berikutan calendar islam bermula 1 muharam menyebabkan ia turut dikenali sebagai awal muharam, tetapi ia mengingatkan umat islam kepada peristiwa penghijrahan nabi besar kita Muhammad SAW dari makkah ke madinah.

 

Muharam penuh dengan peristiwa dalam sejarah tamadun islam. Selama 30 hari itu penuh dengan pelbagai keistimewaan. Teristimewa sekali adalah 10 hari pertama. Banyak perkara berlaku sejak zaman berzaman dalam sejarah Muharam yang dikenali dengan nama Asyura.

 

Perkara2 yang berlaku dlm bulan ini, menurut cendikiawan ilmu dalam islam, adalah ALLAH mencipta syurga dan neraka, menyelamat nabi dari daripada kezaliman musuh dan mencipta nabi adam. Pada hari asyura yaitu 10 muharam pula nabi nuh diselamatkan di gunung Judi, nabi Ibrahim daripada api Namrud, nabi musa dari firaun dan juga yg terbesar, akan berlaku nyer juga kiamat di hari Asyura(Wallahualam.. bila masanya...).

 

Pada hari Asyura.. kita disunatkan berpuasa.Di dalam hadis, Diriwayatkan ibnu abbas, " Apabila Nabi berhijrah ke madinah, org yahudi di madinah berpuasa pada 10 muharam dan mereka mengatakan pada hari itulah Nabi Musa diselamatkan daripada kezaliman Firaun. Nabi Musa diselamatkan bersama sahabat baginda, tetapi Firaun dan askarnya lemas dalam sungai. Itu sebab mereka berpuasa pada hari Asyura.

 

"Apabila Baginda mendengar penjelasan mereka, baginda Kemudian berkta dengan bangga bahawa kami paling berhak dan paling dekat kepada Nabi Musa lebih dari kamu sekalian dalam semua aspek. Maka Rasullulah menyuruh umat islam berpuasa pada hari Asyura."(Hadis Riwayat Abu Daud)

 

Inilah kisah dimana mengapa kita disunatkan berpuasa. Bukan sahaja digallakan berpuasa.. malahan ibadat seperti solat, berzikir dan juga membaca alquran perlu melaksanakan agar apa yg kita lakukan dapat ganjaran yang paling besar disisi ALLAH.

 

Baiklah.. disini sahaja.. yg baik datang dari ALLAH dan salah dan silap datang dari saya sendiri. Mudah- mudahan awak akan menjadi anak yg soleh, berpatuh pada perintah ALLAH dan hormat pada IBU BAPA.

 

Wabila hi taufik wal hidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Posted at 07:45 pm by -SuperMan-
Make a comment  

Jan 26, 2006
dIRIKU...

DIARIKU

 

Aku masuk ke bilik kamarku

Melonggarkan pakaian ku

Menanggalnya dari tubuhku

sambil memandang wajahku ke hadapan cerminku

 

Aku berfikir sebentar

Sesiapakah aku sebenarnya

Adakah aku masih kanak-kanak yg melekat pada mainan

Atau seorang remaja yg hanya berhibur bersama kawan?

 

Diriku tidak terkawal

Di dalam hiburan yang sangat fanatik

Aku khayal didalamnya

Tiada hentian pada tabiatnya

Berfoya-foya tidak terkira

Sungguh gembira dan bersuka ria

 

Perihal cinta yg berkali kali ku perolehi

Tiada satu yg kekal abadi

Ku cuba mencari yg boleh dipercayai

Tetapi kali ini

Aku terjumpa apa yg ku inginkan

Hampir tiga bulan kami berhubungan

Tetapi sayang

Belum pernah sekali bersua muka

Sibuk dengan hal yang kami hadapkan

 

Aku bekerja dari pagi hari

Hampir senja baru pulang

Manakala si dia bersekolah

Keluar pagi pulang lewat

Ku ingin berhubung dengannya

Tapi masa tidak mengizinkan

 

Runsing

Kepalaku sangat runsing

Berkecamuk dengan pelbagai masalah

Hubunganku, hiburanku, pekerjaanku..

Argh!!!

Adakah ini satu ujian?

Menguji atas keimananku yg dahulunya tebal ?

 

Namun….

Biar masalah melanda diriku

Kesabaran tetap menanam jiwaku

Ku anggap ini bagaikan satu kehidupan

Susah dan senang di tangan Tuhan

Hanya tawakkal setelah banyak ku usahakan

 

Ke rebah ke katilku

Menutup mataku yg hampir kantuk

Istirehat hingga ke esok hari

 

Inilah diariku..

 

 

 

 

 


Posted at 08:10 pm by -SuperMan-
Make a comment  

Dec 19, 2005
Jabatan Dakwah..

11 JENIS MANUSIA KE NERAKA

 

 

Diriwayatkan dalam satu hadis, pada satu ketika, Muaz Bin Jabal r.a menghadap Rasullulah dan bertanya: “wahai Rasullulah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah swt: “Pada sangka kala di tiup, maka sekalian datang berbaris-baris”

 

Apabila Nabi Muhammad s.a.w terdengar ayat itu, baginda menangis sehingga basah pakaiannya. Kemudian baginda menjawab: “ Wahai Muaz, engkau bertanyakan kepadaku perkara yang amat besar bahawa umatku akan digiring (diarahkan ke satu tempat), dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing- masing dengan pembawaan mereka sendiri.

 

Barisan pertama – orang yg tidak berkaki dan bertangan, maka org ini semasa hidupnya menyakiti hati jirannya dan tempat mereka adalah neraka

 

Barisan kedua – orang yg menyerupai(berbentuk) babi hutan, maka orang semasa hidupnya meringankan solat dan tempatnya adalah neraka.

 

Barisan ketiga – orang yg berbentuk keldai, sedangkan perutnya berisi penuh dengan ular dank ala jengking. Maka org ini masa hidupnya engan tunaikan zakat dan tempatnya adalah neraka.

 

Barisan keempat – orang yg dalam keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut. Maka org ini semasa hidupnya berdusta dalam jual beli dan tempatnya adalah neraka

 

Barisan kelima – orang yang seluruh tubuhnya berbau busuk lebih dari bangkai. Maka org ini semasa hidupnya menyembunyikan perlakuan derhaka kerana taku diketahui manusia dan tidak pula takut dengan Allah dan tempat mereka adalah neraka.

 

Barisan keenam – orang yang dalam keadaan kepala mereka diputus dari badannya. Maka orang ni semasa hidupnya menjadi saksi palsu dan mereka ditempatkan di neraka.

 

Barisan ketujuh – orang yang dalam keadaan tanpa mempunyai lidah dan dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. Maka orang ini semasa hidupnya enggan beri saksi di atas kebenaran dan tempat mereka adalah neraka.

 

Barisan kelapan – orang yang dalam keadaan terbalik, kepala ke bawah dan kaki ke atas. Orang ini semasa hidupnyaberbuat zina dan ditempatkan mereka dalam neraka.

 

Barisan kesembilan – orang yang dalam keadaan berwajah hitam gelap dan bermata biru, manakala dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. Orang ini semsa hidupnya memakan harta anak yatim dengan cara haram dan ditempatkan mereka ke dalam neraka.

 

Barisan kesepuluh – orang yang dalam keadaan tubuh penuh dengan sopak dan kusta. Orang ini semsa hidupnya menderhakai orang tuanya dan ditempatkan mereka ke dalam neraka.

 

Barisan kesebelas -  org yang dalam keadaan buat, gigi memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir melebar sampai ke dada dan lidah terjulur sampai ke perut dan keluar beraneka kotoran. Orang ini semsa hidupnya meminum arak dan ditempatkan mereka ke dalam neraka.

 

Barisan kedua belas – orang yang dalam keadan wajahnya bersinar- sinar laksana bulan purnama dan mereka melalui titian sirat seperti kilat. Orang ini semasa hidupnya beramal soleh dan banyak berbuat baik. Dan mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu. Ketika meninggal dunia, mereka dalam keadaan taubat dan ditempatkan mereka ke dalam syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah swt.

 

Bayangkan, dalam dua belas barisan, hanya satu barisan sahaja yang akan memasuki syurga dan yang lainnya akan dihumbankan ke neraka.. nauzubillahi min zalik..wahai para insan diluar termasuk diri saya sendiri.. kita harus bertaubat dan lakukanlah perkara yang baik dan jagalah solat lima waktu kita semua agar kita akan di kumpulkan di barisan yg ke dua belas dan bukan ke barisan yang lainnya. Moga-moga  apa yang disampaikan kepada anda adalah berita yang benar. Wallahualam bisawwab.


Posted at 06:58 pm by -SuperMan-
Comment (1)  

Dec 10, 2005
Menunggu kepulanganmu..

Menunggumu..

Bintang berkerdip di awang-awangan

Angkasa luas tiada penghujungnya

Walaupun pemergianmu tidak kelamaan

Sanubari berdegup sayu geraknya

Malam siang petang dan pagi

Matahari dan bulan saling berganti

Namamu sentiasa aku ingati

Hingga tidak terbasah semasa bermandi

Sungai laut tasik dan kolam

Tempat perdiaman ikan serta kaumnya

Hamba disini makan bertalam

Di pinggan pula tiada seleranya

Jika laut sering berombak

Langit pula dihias awan

Janganlah pergi dengan perasaan riak

Mintalah tolong jika diperlukan

Hari demi hari masa berlalu

Hidup kini masih bertalu

Aku berdoa agar kau sihat selalu

Diriku ini sentiasa ingat padamu

Oh Diyanah…

Saban hari kau tak berkata

Hati tetap padamu jua

Perjanjian kita jangan kau lupakan

Agar dapat ditunaikan di masa hadapan

Seandainya aku pergi tanpa bicara

Sayangku padamu amat ketara

Kekata ku ini aku rekakan

Agar hubungan kita dapat dikekalkan

Hingga ke hari persandingan

Harapan cinta tidak harus kita putuskan

Jangan kau lupakan akan Tuhan

Ibu bapamu jangan pula kau abaikan

Cinta kita harus dijagakan

Agar hidup dapat dibahagiakan..

Oh Diyanah..

Ku cinta padamu…

Direkakan oleh:

Muhammad Hizamy bin Md Tarmizy

Puisi ini direka semasa Diyanah pergi melancong bersama keluarganya.. apabila rindu sudah semarak dihati, lintas puisi aku rekakan.. tapi khas untukmu Diyanah..


Posted at 09:28 pm by -SuperMan-
Make a comment  

Dec 6, 2005
Madu lebah dan khasiatnya..

ANTARA KHASIAT MADU

Madu boleh menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh pelbagai faktor.

·        Madu dapat menyegarkan tubuh

·        Madu dapat membersihkan gigi dan memelihara kesihatan nya dan ia malah dapat mempercantikkan rambut dan memanjangkannya

·        Madu boleh mengeluarkan racun

·        Madu dapat mengeluarkan ubat-ubat yang tidak baik dari tubuh dan ia membersihkan ubat-ubat itu darinya.

·        Madu berfaedah untuk mengawet mayat manusia supaya tidak berbau busuk

·        Madu juga dapat membunuh kuman-kuman yang mremudaratkan tubuh atau menyebabkan penyakit.

·        Makanan yang disukai oleh pinggang dan hati

·        senang dihadamkan

 

ANTARA PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN

·        Penyakit kulit

·        Terbakar

·        Jerawat

·        Gatal-gatal

·        Luka

·        Kanak-kanak lumpuh

·        Kurap

·        Sakit gigi

·        Sakit mata

·        Sakit jantung

·        Selesema


Wahai insan, aku sengaja meletakkan beberapa khasiat yg terdpt dlm madu lebah agar kite, sebagai umat islam, harus menjaga dirnya sendiri.. dengan madu lebah yg boleh menyembuh beberape penyakit... insyallah.. dengan izin ALLAH.. tubuh kita akan menjadi segar dan juga sihat walafiat.. wallahualam..


Posted at 07:20 pm by -SuperMan-
Make a comment  

Dec 5, 2005
Terima Kasih kepade Ibu dan Bapa

Mari kite membace Dua ayat dari alquran surah luqman.. ayat 14 - 15.. yg bermaksud..

Allah s.w.t. berfirman, " Dan kami perintahkan manusia, supaya berbakti kepada kedua orang tuanya terutama ibunya yang telah bersusah payah mengandungnya sampai berumur dua tahun, baru disapihnya, hendaklah berterima kasih kepada ALLAH dan ibubapamu, dan kepada ALLAH tempat kembali. Jika seandainya, mereka memaksamu mengingkariKu, yang hal itu sangat bertentangan dengan keyakinanmu sendiri, janganlah kau turutkan, tetapi selagi masih hidup wajiblah kamu santuni, turutlah jejak langkah orang-orang yang suka kembali kepadaKu, dan nanti akan Aku beritahu tentang segala amal perbuatanmu."


keteranganku:

dlm ayat ini.. allah menyuruh kita supaye bertaat kepadaNya dan juga ibubapa kite..ibu kita yg bersusah payah melahirkan kita, menjga kita hingga dewase dan bapa pula yg bersusah payah bekerje untuk membesarkan kita.. kita harus berterima kasih kepada mereka.. dan bukan sebaliknya.. jgn sesekali kita bergaduh atau bertengkar dengan denga ibu bpa walaupon dengan perkataan "ah".. itu sudah dikire menderhakai ibubapa.. dan org yg menderhakai ibubapanya, doanya tidak akan termakbul dan apabila dia saat maut, dia akan menhadapi sakaratul maut.. atau mati yg menyusahkan.. mari kita renung seketika dan imbas kembali apa yg dialakukan opleh ibu bapa kta semasa kita kanak-kanak lagi.. pesanan ku lagi.. jgn lah kamu menggalkan perintah allah seperti tidak bersolat dan berderhaka ibu bapa kerana sesungguhnya.. AZAB ALLAH AMAT PEDIH..  nauzubillahi min zalik... ingin ku ajarkan doa ibubapa iaitu.. "Rabbanaa firlanaa zunuubana waliwaalidina warhamhum kama rabauna sighara....".. aku berharap agar semua remaja diluar mentaati ibubapa nya dan jgn sesekali mertengkar dengan nye.. wallahualam bissawab..

Posted at 01:04 pm by -SuperMan-
Make a comment  

Dec 1, 2005
pupus

Pupus

Aku tak mengerti
Apa yang ku rasa
Rindu yang tak pernah
Begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu
Meski kau tak'kan pernah tahu

Aku persembahkan hidupku untukmu
Telah kurelakan hatiku padamu
Namun kau masih bisu
Diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara

Baru ku sadari
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku

Semoga waktu akan mengilhami
sisi hatimu yang beku
Semoga akan datang keajaiban
Hingga akhirnya kau pun mau

Aku mencintaimu
Lebih dari yang kau tahu
Meski kau tak'kan pernah tahu

Dinyanyikan oleh: Mawi
Asal penyanyi: Dewa

Diyanah.. ku pilih lagu ini.. khas untuk mu.. percayalah bahawa hatiku ini hanye untuk mu.. ku sngt rindu pademu...


Posted at 06:35 pm by -SuperMan-
Make a comment  

Pademu Diyanah

 

Diyanah

 

Ku terdengar burung menyanyi

Di dalam suasana yang mulanya sepi

Hati pilu menjadi riang kembali

Pada pertemuan yang pertama kali

 

Biar bumi sambung berputar

Biar mentari menyinar cahayanya

Namun sanubari mula menyasar

Pada gadis namanya Diyanah

 

Hari berganti hari

Minggu berganti minggu

Namun kau tetap dekat di hati

Walau jauh di mata pandanganku

 

Ayat-ayat manismu terngiang di fikiranku

Walaupun perjumpaan kita belum lagi terhajat

Oh Diyanah yg amat ku rindu

Moga kau terselamat dari musuh yang jahat

 

Ya Tuhanku yg amat ku sanjungi

 Kau maha mendengar lagi maha ketahui

Doaku sentiasa bermunajat pada Illahi

Agar kita berdua tidak dipisahi

 

Khas untukmu, Nur Diyanah Binte Jumahat..

 

Direkakan  oleh:

Muhammad Hizamy Bin Md Tarmizy


Posted at 12:37 pm by -SuperMan-
Make a comment  

Nov 30, 2005
Zaman ibubapaku

Zaman ibubapaku

 

Wahai remaja bangunlah kamu

Jangan termenung awan diatas

Mari kita renung zaman dahulu

Dimana ibubapa hidup tak beralas

 

Waktu dahulu bapaku muda

Dipukul teruk oleh ayahnya

Hampir pilu terdengar ceritanya

Hingga luka dan kesan masih ada

 

Sudah nasib wahai ayahku

Umur lapan ayahnya pergi dulu

Ayah dahulu kurang bermampu

Menjual kuih sambil berlagu

 

Kini giliran cerita ibuku

Amat berbeza dengan ayahku

Ibu dan bapa pergi dahulu

Hanya neneknya tempat mengadu

 

Pelajaran pula tidak terabai

Matair dahulu amat diketepikan

Amat rajin amatlah pandai

Jejaknya harus aku ikutkan

 

Ibubapa tersedia ada

Boleh mengadu pada bila-bila masa

Hidupku ini amat berbeza

Harus ku bersyukur dengan nikmatNya

 

 

Dikarangi  oleh:

Muhammad Hizamy Bin Md Tarmizy


Posted at 05:29 am by -SuperMan-
Make a comment  

Nov 29, 2005
Hidup Bagaikan Sang Daun

Hidup Bagaikan Sang Daun.....

 

Manusia

Hidup seorang manusia bagaikan daun

Ditumbuh pada musimnya

Didiami dicelah dahannya

Disirami oleh sang hujan

Warna keguguran diubahkan

Jatuh terus dilantai bumi

Lalu diresap tanah yg rata

Inilah kita

 

Manusia

Disebalik kata kata ini

Ikhtibar harus kita renungi

Kita dilahir oleh ibu bapa

Kita tinggal bersamanya

Diasuh dengan kasih sayang yang tiada ketaranya

Tapi sayang seribukali sayang

Kain putih diwarnai pelbagai corak

Ada perangai sudah menjadi sang merak

Alpa dengan ciptaan Tuhan yg maha Esa

Solat sengaje dilalaikan

Amalan mule penuh dengan kehitaman

Inilah kita

 

Manusia

Renungilah seketika

Badan yg kita miliki adalah satu pinjaman

Satu hari nanti

Nyawa kita akan dicabut dengan serta merta

Syahadat mule dibisikkan

Tetapi mulut tidak mengatakan

Adakah ini yg kita hendakkan?

 

Manusia

Kubur kata mari

Rumah kata nanti

Amalan kita harus ditambahi

Agar syurga dapat kita miliki

Apabila kita diakhirat nanti

Hidup bagaikan daun yg malang..

 

Diciptakan oleh:

Muhammd Hizamy Bin Md Tarmizy

 


Posted at 01:44 pm by -SuperMan-
Make a comment  

Next Page

-SUPERMAN-
-SANG PERWIRA-
- MD HIZAMY BIN MD TARMIZY
- 11 SEPTEMBER 1988
- JLN TECK WHYE
- SINGAPORE
- ISLAM
- PEI TONG PRIMARY SCHOOL
- TECK WHYE PRIMARY SCHOOL
- TECKWHYE SECONDARY SCHOOL
- LEMBAGA PENTADBIR MASJID ALKHAIR
- MAAHAD TAHFIZ AL KHAIR
- WONDERWOMAN(DEE)
- ALKHAIR YOUNG MUSLIM (AKYM)


MY FAMILY

- MD TARMIZY BIN RAHMAT (ABAH)
- ZARINAH BINTE ESA (EMAK)
- MUHAMMAD HIZAMY BIN MD TARMIZY (AKU)
- MUHAMMAD HARIZ BIN MD TARMIZY (ADEK)
- MUHAMMAD HAZIM BIN MD TARMIZY (ADEK)
- MUHAMMAD HANAN BIN MD TARMIZY (ADEK)
- MUHAMMAD HANIFF BIN MD TARMIZY(ADEK)


LINKS
Diyanah
Rohani
Rohani2
Sufyan
Fana
Manisah
Anis
Syazwi
shakina
Iza Hafizah
Edd
   

<< October 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

assalamualaikum.. erm.. ingin terlebih dahulu.. saye ingin mengucapkan berjuta2 terima kasih keran sudi melihat blog saya yang baru sahaja saya rekakan.. pengenalan sedikit dari diri saya.. saya baru sahaje habiskan o level dan kini menunggu keputusannya.. erm.. dalam blog ini.. saye akan mengarang pelbagai puisi hasilan dari fikiran saya sendiri.. erm. kalo ader yg tak puas hati dengan puisi saya ini.. sile tag.. kemungkinan saya boleh mengubah puisi saya itu.. dari sini.. wasalam..

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed